June 29th, 2008
myDungun bukan lagi satu nama yang tidak membawa sebarang erti. myDungun kini telah didaftarkan sebagai myDungun Enterprise (TR0079617-X)
myDungun akan memulakan langkah pertama untuk masuk dalam gelanggang perniagaan suatu ketika nanti.
Antaranya myDungun kini mempunyai kebenaran/lesen untuk Pengiklanan dan Jualan Melalui Internet, Webhosting, Pembangunan Laman Web, Sistem Rangkaian dan Sitem Komputer, Siber Kafe.
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
June 29th, 2008
Artikel asal : http://my.opera.com/mydungun
Saturday, 28. June 2008, 07:22:23
myDungun sekarang dalam proses menukarkan format lebih dari 4000 koleksi lagu-lagu berbentuk MPEG-Layer3 (*mp3) kepada bentuk Real Media (*.rm). Ianya termasuklah koleksi peribadi dan juga dari sumber internet.
Kesemuanya akan di muatnaik kedalam portal myDungun versi baru itu nanti. Tunggu..
Mengapa myDungun menukar kepada format *.rm?
Saiz failnya akan menjadi kecil..secara tidak langsung ianya mengurang space yang akan digunakan pada server myDungun disamping itu, ahli-ahli myDungun nanti akan dapat memuatturun lagu-lagu pilihan mereka dengan cepat.
Perbezaan antara saiz sesebuah lagu format mp3 dan rm adalah begitu ketara,hampir 80%.
Contoh :
lagu_melayu.mp3 yang bersaiz 5MB
ditukar format
lagu_melayu.mp3 hanya bersaiz sekitar 0.7MB - 0.8MB sahaja.
Kualiti bunyinya berkurangan sekadar 90% daripada mp3. Namun sekiranya anda memainkannya pada pemain rm yang baik..kualiti bunyinya hampir menyamai mp3.
myDungun menyarankan anda semua yang akan memuatturun koleksi lagu-lagu itu nanti mendapatkan Jet Audio
Dapatkan pemain audio serbaboleh ini di sini http://www.cowonamerica.com/products/jetaudio/

Posted in Uncategorized | No Comments »
June 29th, 2008
Artikel asal : http://my.opera.com/mydungun Sunday, 22. June 2008, 05:44:03
myDungun mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi membantu pembangunan semula portal myDungun dalam apa jua bentuk samada dari segi idea, konsep, media dan juga wang ringgit.
Senarai Sumbangan Wang Tunai
INDIVIDU
- Tohai
- Zamanshah
- Babyfa
- Nurhidayah Hashim
- Pelajar-Pelajar SMK Tengku Intan Zaharah
- (tiada nama)
- Asparizan Binti Mohammad
- ROCK
- AOEM
- Farid
Eyan
- Comel
- Nor Syuhada
- Noryuyue Ali
- Ahmad Faruk Mohammad
SYARIKAT
- Puncak Dungun Enterprise
- Sura Jetty Flora Nursery
myDungun juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Babyfa yang mengadakan kutipan derma untuk myDungun
Posted in Uncategorized | No Comments »
June 29th, 2008
Artikel asal : http://my.opera.com/mydungun Saturday, 21. June 2008, 19:15:05
Sementara menunggu proses pertukaran server hosting, myDungun sedang mencuba skrip terbaru daripada Future Nuke www.futurenuke.com iaitu Phpnuke Genesis atau juga dikenali sebagai Platinum.7.6.b.5(Php.Nuke.Fusion). Versi ini akan menggantikan versi lama yang dipakai oleh myDunguniaitu Platinum 7.6.b.4v2

Sekiranya ada diantara ahli myDungun atau bukan ahli ingin mencuba portal myDungun versi terkini ini anda boleh ke www.mydungun.net/v6. Namun demikian, ianya masih belum stabil kerana myDungun sedang melakukan proses “converted theme” mengubahsuai tema daripada versi yang sebelum ini digunapakai pada Platinum 7.6.b.4v2.
Sebenarnya untuk makluman, Phpnuke Genesis masih belum di”released” oleh Future Nuke. Ianya dikeluarkan sebagai versi Beta (versi percubaan)sahaja. Namun kemudiannya ianya ditarik balik oleh Future Nuke tidak lama kemudian kerana masalah “bug”. Namun begitu, myDungun telah berusaha mendapatkan Phpnuke Genesisdari sumber yang lain kemudian membaiki sedikit sebanyak “bug” yang ada. Ini menyebabkan myDungun mengambil masa yang agak lama untuk portal ini dibuka kepada umum.
Oleh itu..dapatlah dikatakan bahawa myDungun merupakan portal yang pertama di Malaysia menggunakan Phpnuke Genesis ini
Posted in Uncategorized | No Comments »